CONTOH INTERAKSI DALAM SEJARAH
- BAHASA
- KESENIAN
- KESUSASTERAAN
Interaksi Bahasa
- Bahasa Melayu adalah salah satu daripada 7 bahasa utama di dunia dan dipertuturkan oleh 230 juta orang
- Menjadi bahasa lingua franca di Nusantara pada zaman Melaka - bahasa ilmu dan perdagangan
- Berkembang melalui industri percetakan, penerbitan( akhbar, novel, buku ilmiah , karya sastera)
Kedudukan Bahasa Melayu
“…Bahasa Melayu telah menjadi bahasa peradaban pada masa lampau kerana peranannya yang besar sebagai bahasa agama, bahasa ilmu, bahasa kesusasteraan, bahasa undang-undang dan pentadbiran, bahasa istana, bahasa adab, bahasa istiadat dan kebudayaan, bahasa perdagangan dan sebagai bahasa teknologi pada masa itu” –
(Wan Salleh dalam Mohd Yusof Hasan,1991,Dunia Melayu, DBP,K.L , m.s.42 )
Perkembangan Bahasa Melayu
- Bahasa yang mudah, hidup dan berkembang kerana dapat menerima kemasukan bahasa asing spt Sanskrit, Parsi, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris serta bahasa-bahasa daerah sekitar Nusantara
INTERAKSI BAHASA
- Islam menggalakkan umatnya belajar membaca dan menulis. Membaca Al-Quran adalah kemahiran awal yang wajib dikuasai
- Bahasa Arab tersebar dengan penyebaran agama Islam khususnya di kalangan umat Islam di alam Melayu
- Menjadi bahasa ilmu bagi pelajar aliran agama
- Melahirkan Tulisan Jawi, Kaligrafi Jawi
INTERAKSI BAHASA
- Bahasa Inggeris mula tersebar melalui sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu
- Menjadi bahasa ilmu bagi pelajar-pelajar aliran Inggeris, golongan terpelajar
- Diguna pakai dalam pentadbiran negara
INTERAKSI KESENIAN
- Seni Bina
- Seni Khat / Kaligrafi
- Seni Ukir
- Seni Suara
- Seni Sastera
KONSEP SENI DALAM ISLAM
- Seni adalah suatu proses pendidikan yang positif ke arah ketaqwaan
- Hendaklah berlandaskan tauhid
- Pendekatan ke arah pengabdian kepada Allah
- Alat untuk melakukan kebaikan
ISLAM DAN SENI
- Jika riadah menjadi santapan jasmani, ibadah menjadi santapan rohani, ilmu menjadi santapan akal, maka seni menjadi santapan perasaan
- Sesuatu yang indah dan bermanfaat
- Menepati akidah, syariat dan akhlak
- Tidak melalaikan bahkan mendekatkan diri kepada Allah kerana keindahan alam ini adalah manifestasi kekuasaan Allah Yang Maha Mencipta
PRINSIP KESENIAN ISLAM
- Mengangkat martabat insan – alam sekitar adalah galeri seni yang luas manakala insan adalah seniman yang menggarap segala unsur kesenian bagi mencapai ketenangan dan mendekatkan diri kepada Allah.
- Mementingkan akhlak
- Keindahan adalah nilai yang berkait rapat dengan kesahihan / kebenaran Islam .
- Kesenian yang tertinggi mendorong ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kebenaran dan budi yang mantap
- Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah. Oleh itu ia terikat dengan peraturan wahyu
FUNGSI KESENIAN ISLAM
- Selaras dengan akal – menyedari kaitan alam ketuhanan & kerohanian dengan alam fizikal
- Menimbulkan rasa tenang dan dekat dengan Pencipta
- Seni meningkatkan daya intelek, emosi dan rohani
- Seni adalah suatu penyaksian terhadap keesaan & kekuasaan Allah
Pengaruh Seni Bina Asing di Alam Melayu
- Seni Bina Islam boleh dilihat khususnya masjid dan pada bangunan-bangunan penting di Malaysia seperti KTM
- Gabungan aspek syariah dan sains dalam seni bina
- Seni Bina Masjid
- Mercu tanda sesebuah bandar Islam
- Pusat ibadat, pendidikan, pentadbiran dan pengurusan berbagai aktiviti kehidupan
- Lambang kekuatan akidah dan perpaduan umat Islam
- Kesenian Masjid
- Gabungan antara akidah , syariah dan akhlak
- Gabungan antara keindahan dan kebijaksanaan seni bina
- Gabungan antara ibadat dan realiti kehidupan
- Gabungan antara tanggungjawab agama & kemasyarakatan
- Seni Bina Islam:
- Bangunan – masjid
KESENIAN
- Dalam pelbagai cabang kehidupan – cth seni tampak iaitu hasil kreativiti orang Melayu dalam kraftangandan hasil ketukangan, menggunakan bahan-bahan tempatan spt rotan, kayu, tembaga, seramik, buluh dsbnya.
- Rekabentuk asas dan rekabentuk hiasan spt ukiran , pahatan, corak batik , tenunan dan anyaman
- Pengaruh Luar dalam Seni Tampak
- Islam – Ayat Al-Quran dan motif alam spt kayu, bunga, awan dan pokok
- Hindu, Jawa, Siam – spt wayang kulit, Mak Yong , Kuda Kepang dll
- Seni Ukiran Melayu
- Ragam hiasannya sederhana kerana pengaruh Islam yang melarang penggambaran bentuk manusia dan binatang. Cth Ukiran di rumah, tempat ibadat dan seni bina bangunan
- Ukiran melambangkan ststus sosial pemilik nya – istana, bangsawan
Pakaian
Unsur Islam diamalkan dalam pakaian tradisional lelaki dan wanita, mengandungi beberapa elemen penting, antaranya:
- Menutup aurat, bertudung
- Membezakan antara pakaian lelaki dan wanita
- Sopan, tidak jarang, longgar, labuh, sederhana
- Kaum Tionghua & India masih mengekalkan pakaian tradisional seperti Cheongsam dan Sari
- Pakaian barat – ringkas, selesa, anggun, trendy, ikut KTM ( tiada ikatan hukum )
Interaksi Kesusasteraan
- Pengaruh awal – hasil sastera Hindu dalam bahasa Jawa Kuno dan Sanskrit
- Kedatangan Islam – karya asli dan karya saduran / terjemahan spt Arab dan Parsi . Lahirnya sastera kitab, sejarah, kenegaraan dan sastera Islam
Karya Sastera Islam
1.Prosa –berpaksikan Tauhid spt Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj
- Cerita nabi-nabi – nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dll
- Cerita keluarga nabi, para sahabat dan pahlawan Islam
Karya Sastera Islam
2.Puisi – Syair, Rubai’, Mathnawi, Qit’ah, ghazal, Nazam, Qasidah ( selaras dengan perkembangan ilmu tasawuf dan syariah )
Syair
- Hamzah Fansuri( 1550-1600) adalah pencipta syair Melayu yang pertama, dipengaruhi oleh syair Arab dan Parsi – Prof Teeuw
- Karyanya – syair agama, sejarah,kiasan dan romantis cth Syair Burung Pingai, Burung Nuri, Ikan Tunggal, Perahu, Dagang , Sidang Fakir dll
INTERAKSI KESUSASTERAAN
- Novel-novel menerima pengaruh timur tengah seperti Hikayat Berbingkai Kisah Seribu Satu Malam, Syair Siti Zubaidah, Nazam, Qasidah
- Mementingkan nilai / moral cerita sebagai pengajaran
Sastera Sejarah
- Raja Ali Haji – Tuhfatun Nafis ( 1860)
- Karya yang penting kerana mencatat tarikh dan peristiwa yang benar serta rujukan yang betul spt naskhah sejarah Siak,Terengganu, Johor-Riau,Hikayat Negeri Johor dan Surat-surat Francis Light
- Kandungannya mengenai salsilah Raja-raja Melayu dan Bugis serta kerabatnya dan peristiwa sekitar Empayar Johor-Riau
Interaksi Kesusasteraan
- Pengaruh Indonesia – Hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah
- Pengaruh Inggeris – Shakespear
Kesimpulan
- Interaksi kesenian, bahasa dan kesusasteraan berlaku antara pelbagai tamadun
- Bahasa yang hidup mudah menerima pengaruh bahasa asing
- Kesenian dan kesusasteraan dijelmakan dalam bentuk karya sebagai hasil kreativiti dan pemikiran yang tinggi
No comments:
Post a Comment