20 January 2011

Tutorial Linguistics 1

Indo-European

Issue 1
An integral part of the history of English include the rise of prescriptive grammar and the notion of grammatical correctness.

Answer:
Descriptive Grammar > The rule of grammar's can be used to describe (explain) how people use language effectively. It is usually used by speakers and writers.

Prescriptive Grammar > The rules of grammar can be used to prescribe (tell) how people should use the language.
Grammatical Correctness > Quality of linguistic utterance sentence of being grammatically well-formed dependents on the group which have greater influenced to people.

Issues 2
The idea of language authority who decides what is correct, what is not and why.

Answer:
The idea of language authority
Which one is correct?
1) 'Drive slow' or 'Drive slowly'
2) 'They don't have more' or 'they don't have any'

who's right?
  • some observer claim that the real issues about linguistic right and wrong is one of deciding who wields power and who doesn't.
  • The stigmatized forms of language are typically those used by social groups other than educated middle classes-professional people, including those in law, medicine and publishing.

Linguists' point of view
  • some standardization of forms is useful for the variety of a language used, especially in print.
  • the expression appearing in dictionaries and grammars are not the only grammatical forms and may not be suitable for use in all circumstances. (reprinted courtesy 'Finegar, E PhD)
 Issues 3
A more moderate approach to language norms is to base on usage how long is actually used in community.

Answer:

Country: Austria
Location: Central Europe
Language: Germanic language, spoken by 98% of the population

Austrian Norms:
  • Eating together in the evening
  • Have outdoor activities during weekends
  • Always keep their house neat and tidy
  • Close friends and relatives are invited to have informal communications
  • They are generally conservative people
  • They are prudent and moderate in their behavior
Moderate Approach:
  • Have dinner together - while we having dinner, we can chat with them.
  • We must having informal communication with them - visited their house.
  • Be brave to talk in their language and ask them to correct us.
  • Mix with them.
  • Learn their culture
  • We must learn their culture - in order to be accepted.
World Englishes
Issue 1
How we different WE perceived socially?
Answer:
WE >> Eng. as used around the world with all of its resulting variation; also the common features of international standard Eng.
Example:
SINGLISH
"He sent his family to live up in different queues for some item, so "kiasu"!!

Fact>>Singapore is currently promoting the anti - Singlish campaign nationwide.

Why??
  • Maintain identity
  • Trade economy
  • To ensure standard good command of English
  • To be looked up upon the ability to speak Eng.
  • Technological know how/inventions
  • Economic strength
  • Status of language changes throughout time
 MANGLISH
"It's free seating at concert, we need to get there early to 'chope' seats for our gang."

Fact>> Includes by languages in Malaysia. e.g: Malay, Chinese, Tamil

Why??
  • Native speaker varieties of English.

Issue 2
How recognizable are different WE?
What factors influence this recognition? 

Answer:
1. Wide variation between varities of WE. Most difference are:
  • Pronounciation
  • Vocabulary
  • Syntax
  • Grammar
  • Accent used
  • Sound
  • Schemes
2. Varieties reflect the culture of their speaker and this another cause of difference between varieties, as the ways of cultural norms are expressed thus differ across varieties. This is why the way people present information may differ.
For example>> Manglish (Malaysian English)

3. Since 1968, Malay has been countries sole official language, while English is widely used. Many Malay words have become part of common usage in informal language.

An example >> is suffixing with 'Lah'. "Dont be so worried Lah"

4. Speakers of Manglish tend to translate phrases directly from their first languages into English.
Example: "on the light" instead of "switch on the light" (direct translation from Chinese)

Issue 3
How is English used in the word?
How should it be used?

Answer:
(xde bahan)

Issue 4
How do WE differ from each other and how are they similar.

Answer:
  1. The way they pronounce/speak influenced by their mother-tongue.
  2. Most of the speakers of WE come from the countries which using English as either first or second language.
  3. Mixture of their mother-tongue.
  • e.g: Manglish: +'lah',+'ma'+'ah'
  • "Borrow RM10 can ah "
  • "He is very blur one lah'
     4. Create new word/phrases
          e.g: In the pink of health
 
     5. Direct translation from their own language.
          e.g: (M) My tyres got no flower and cannot eat the road well.
                  (E) My car's tyres are worn out and cannot grip the road well.
 
 

TITAS Kuliah 4

Sumber-Sumber Tamadun Islam

Naqli
  • Al-Quran
  • Al-Hadis
Aqli
  • Qias
  • Ijtihad
Penemuan Baru
  • Penemuan baru
  • Warisan lama yang sesuai
Naqli Wahyu/ Revelation dan Hadis
·         Al-Quran – Kalam Allah (yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur ( 23 tahun ) dan mutawatir, di dalam bahasa Arab, dijamin keesahannya sehingga hari kiamat.
·         Hadis adalah perkataan, perbuatan atau diam Rasullulah (saw). Dijamin keesahan dalam Kitab-kitab Hadis.

Penemuan Baru
  • Islam menggalakkan kreativiti yang sihat dalam semua bidang kehidupan
  • Berdasarkan kajian dan penyelidikan para sarjana dalam berbagai bidang spt sains tulen, sains gunaan, sosial, pendidikan dll
Matlamat Tamadun Islam
  • Memelihara hubungan dengan Allah
  • Memelihara hubungan sesama manusia
  • Memelihara hubungan dengan alam sekitar/makhluk lain
Keredhaan Allah
  • Apa pun yang dilakukan hendaklah kerana mendapatkan keridhaan Allah
  • Maksudnya – mengikut perintah, undang-undang, peraturan dan sunnah yang telah Allah tetapkan
1. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.
  • Islam menganjurkan manusia memikirkan Allah s.w.t  sebagai pencipta dan kandungan alam ciptaan Nya.
  • Hubungan manusia dengan pencipta adalah matlamat terpenting dan terakhir dalam kehidupan seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Taubah ayat 24.
  • Kesan hubungan manusia dengan Allah swt. akan melahirkan pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap penciptanya dan alam semesta  dan memiliki perasaan bertanggungjawab melalui suatu hubungan yang murni.
2.Hubungan Manusia  Sesama Manusia
  • Hakikat hubungan manusia sesama manusia adalah dinilai kemuliaannya disisi Allah s.w.t. hanyalah berdasarkan ketaqwaan dan ketaatan kepada- Allah swt. (al-Hujurat: 13).
  • kepentingan hubungan manusia sesama manusia dijelaskan dan digambarkan di dalam hadith yang bermaksud :
Hubungan sesama manusia
  • Bermula dengan ahli keluarga
  • Saling menghormati tanpa mengira bangsa, warna, agama
  • Tidak membezakan manusia kerana darjat / kedudukan
  • Memberikan layanan yang sama rata cth hak jiran tetangga
  • Menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan cth membantu orang susah & memerlukan
  • Sesama Muslim -” Orang mukmin itu dengan mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Institusi Keluarga
  • Perkahwinan - memelihara keturunan
  • Hak
  • Tanggungjawab setiap ahli
  • Baik asas pembinaan bangsa yang maju
  • Kebahagiaan didunia dan diakhirat

Kejiranan
  • Hak dan Tanggunjawab jiran perlu ditunaikan
  • Saling hormat-menghormati, member dan terima, bekerjasama dan bertolak-ansur.
Tanggunjawab Kemasyarakatan

Mengasihi
  • Beriman
  • Bersaudara
 Menderma
  • Memberi
  • Catna
Saling membantu
  • Kerjasama
  • Saling menghormati
Hubungan Dengan Alam Sekitar
  • l  Allah mencipta>Amanah Allah>Pengurus Alam>Memelihara>Pemuliharaan
3. Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat
  • Kedudukan manusia yang istimewa dengan dikurniakan pancaindera dan akal fikiran melayakkannnya menjadi khalifah di alam ini. (al-Nahl: 14)
  • Kedudukan hubungan manusia dengan alam adalah juga untuk manusia melakukan penyelidikan dan kajian menghayati kekuasan Allah swt. (al-Sajdah:27)
Pembangunan yang mesra alam
                “ Bersahabat dengan alam  secara beradab ”
  • Pembangunan yang sepadu
  • Mengekalkan eko sistem
  • Perancangan jangka panjang 

Akhlak Terhadap Alam

Berkongsi memanfaatkan
  • Guna secara berhemah
  • Untuk manfaat semua
Keseimbangan Alam
  • Jaga Ekosistem
Memelihara Alam
  • Penanaman semula
  • Kebersihan dari pencemaran

Kesimpulan
  • Pencapaian umat Islam dalam kehidupan untuk melahirkan sebuah tamadun yang gemilang hendaklah berasaskan prinsip- prinsip Islam
  • Al-Quran merupakan rujukan agung
  • Matlamat tamadun Islam adalah untuk kebahagian segajat yang membawa kepada keridhaan Allah dan kebahagian di akhirat.
Rumusan
           Islam yang bersumberkan al Qur’an dan al Sunnah, mempunyai matlamat yang telah dibincangkan dan memiliki sifat-sifat khusus yang digariskan serta bermatlamatkan segala aspek yang dinyatakan.
  






















TITAS Kuliah 3

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
Maksudnya - Elemen-elemen yang mendasari Tamadun Islam

1. BERSIFAT RABBANIYAH
  • Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang terdapat dalam Tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah swt.
  • Justeru, setiap pembangunan dan ketamadunan yang dibina dalam Tamadun Islam mesti menepati nilai dan prinsip yang ditetapkan oleh Allah swt. 
2. BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH
·         Tamadun Islam merangkumi hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam yang terdiri daripada alam cakrawala, alam sekeliling, binatang, tumbuh-tumbuhan, alam ghaib (alam jin dan malaikat) yang saling kait mengait antara satu sama lain.

 BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH
    • Tamadun Islam meletakkan peraturan yang menjaga kepentingan umum - individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa.
    • Konsep ibadah khusus dan ibadah umum yang dianjurkan oleh Islam memperluaskan dan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ketaatan dan ibadah dalam konteks yang berbagai. 
3. BERSIFAT ALAMIYYAH (Universal)
  •  Sejarah telah membuktikan bahawa Tamadun  Islam telah berjaya membina dan mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat.
  • Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, pembinaan tamadun Islam mengambilkira perbezaan budaya setempat dan menerima unsur tamadun yang sedia ada. Tamadun Islam tidak merendahkan tamadun lain,  malah mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan.
  •  Konsep yang ditampilkan dalam sifat ini ialah persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat.
  • Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi.
4. BERSIFAT TABI’IYAH / SESUAI DENGAN FITRAH
Tamadun yang dibina memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia - antaranya memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
5. BERSIFAT WAQI’IYYAH ( Praktikal )
  • Islam realistik dengan mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat.-menjalankan aktiviti seharian
  • Orang yang sakit dan uzur ada kaedah khusus untuk melakukan solat dan dibenarkan berbuka puasa.
  • Orang yang cacat tidak diwajibkan berperang, malah mereka perlu diberi perlindungan.
  • Kefardhuan haji dan zakat hanya kepada orang-orang yang mempunyai harta dan berkemampuan sahaja.  Tiada paksaan.
6. BERSIFAT TETAP DALAM KEANJALAN
  • Tamadun Islam tetap dan tidak berubah dari segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan fleksibel dari segi cara dan teknik perlaksanaannya.
  • Islam memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masing-masing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid yang menjadi asas tamadun Islam.
7. BERSIFAT TOLERANSI DAN TERBUKA
  • Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah   dengan syariat  terutamanya dalam dialog dan interaksi antara tamadun .
  • Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun  yang membawa kebaikan selagi   tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut
  • Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka untuk mengekalkan kesetabilan dan keharmonian masyarakat.  
Prinsip/Dasar Tamadun Islam:
  • Memelihara agama
  • Memelihara akal
  • Memelihara jiwa
  • Memelihara maruah/keturunan
  • Memelihara harta
  • Memelihara kebebasan
1.Memelihara Agama
Rasional: Tamadun Islam dicetuskan dari ajaran agama Islam
  • Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
  • Melaksanakan tanggungjawab agama
  • Memelihara Syiar Islam
  • Menghormati penganut agama lain( hak mereka mengamalkan ajaran agama )
2. Memelihara Jiwa
Rasional:Jiwa/nyawa adalah kurniaan Allah yang tidak boleh diganti / dicipta
  • Suruhan – menjaga keselamatan, kesihatan, pemakanan. Berubat jika sakit
  • Larangan – merosakkan diri, membunuh diri, membunuh orang lain ( kecuali perintah mahkamah ), pengguguran bayi.
  • Manusia diminta menjaga dan menghormati kehidupan
  • Seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain telah melakukan jenayah sosial  yang besar iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya   (an-Nisa’: 30)
3. Memelihara Maruah
Rasional:Karamah Insan menentukan kedudukannya di sisi Allah & manusia
  • Suruhan – menjaga pergaulan, menutup aurat, menjaga nama baik, berkahwin
  • Larangan – bergaul bebas, mendedah aurat, memfitnah, berzina / jenayah seks, melayari web lucah dll
  • Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik kejadian telah tetap kehormatannya sebagai bani Adam tanpa mengira agama, keturunan, bahasa dan keadaannya
  • Setiap  manusia menerima balasan mengikut apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).
  • Islam juga menyediakan peraturan perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan kemuliaan keturunan
4. Memelihara Akal
Rasional:Unsur yang membezakan insan dari makhluk lain
  • Suruhan – Mencari ilmu, belajar, membaca bahan yang baik. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu tanpa dibatasi had masa, tempat dan bangsa. 
  • Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.) Larangan – minum arak, dadah dan seumpamnya
  • Islam menggalakkan pemikiran yang berteraskan tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan melarang pemikiran yang mempunyai unsur negatif. (al-Ankabut: 43).
5.Memelihara Harta
Rasional:Harta adalah amanah dan pinjaman. Ianya bukan milik yang mutlak
  • Suruhan – Mencari rezeki yang halal, dari sumber yg halal, digunakan utk kebaikan
  • Larangan – Mengambil hak orang lain spt mencuri, merompak, menyamun,salahguna, menyeleweng
  • Islam menyediakan garis panduan mengenai hak memiliki harta benda dan sejajar dengan fitrah manusia.
  • Mempertahankan harta benda yang diperolehi dengan cara yang halal adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam
  • Pengurusan & infaq harta yang sewajarnya
6. Memelihara Hak/ Kebebasan
  • Rasional: Menetapkan suatu garis panduan mengenai hak seseorang , batasannya…
  • Hak dan Tanggungjawab saling beriringan pada semua peringkat – diri, keluarga, jiran, masyarakat
  • lIslam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan.
  • Setiap muslim hendaklah membebaskan dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (al-Furqaan : 43).
  • Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya adalah kebebasan beragama ( al-Baqarah : 256)

19 January 2011

TITAS Kuliah 2

Ciri-Ciri Tamadun Islam
 CIRI-CIRI UMUM TAMADUN
  • Kemajuan teknologi
  • Sistem pemerintahan dan ekonomi
  • Urbanisasi
  • Organisasi Sosial
  • Kepercayaan/ agama
  • Tulisan dan bahasa  
  • Budaya dan kesenian
Kemajuan teknologi
                Penggunaan alat untuk kemudahan kehidupan manusia dalam semua bidang:
           Pertanian
           Pengangkutan
           Komunikasi
           Ekonomi
           dll 

Sistem pemerintahan dan ekonomi
          Konsep kepimpinan pada semua peringkat sama ada desa, bandar, negeri dan negara
          Tradisional (Sistem beraja ) ->Moden ( Perdana Mentei / Presiden )
          Sistem barter, penggunaan wang, industri pembuatan ,pemasaran, sistem perbankan, insuran dll
 
Urbanisasi
          Perpindahan dari desa ke bandar
          Perubahan aktiviti ekonomi dari pertanian -> perindustrian
          Kehidupan di bandar yang menyediakan lebih banyak peluang pelajaran, pekerjaan, perniagaan
          Peningkatan taraf hidup 

Organisasi Sosial
          Wujud kelompok-kelompok / status dalam masyarakat
          Kelas ekonomi :Rendah( low-class), sederhana( middle class ) dan  tinggi ( high class )
          Jurang antara golongan /orang kaya dan miskin berdasarkan latar belakang pelajaran dan ekonomi 

Tulisan dan bahasa
          Asasnya sebagai alat komunikasi
          Menggambarkan tahap pemikiran, kreativiti dan kemajuan ilmu sesuatu bangsa
          Bahasa adalah lambang jati diri bangsa cth Arab, Cina, Jepun, Korea, Inggeris dll
          Bahasa jiwa bangsa

Budaya dan kesenian
          Budaya - menggambarkan cara hidup sesuatu bangsa cth kegiatan ekonomi, adab sopan, budi bahasa, tutur kata, pakaian, makanan, pergaulan
          Kesenian – pencapaian yang dijelmakan dalam bentuk karya-karya seni yang mempamerkan nilai estatika spt lukisan, kaligrafi, seramik, pakaian dll

Kepercayaan / agama
          Asas utama yang memandu kemajuan tamadun
          Mendasari semua tamadun – Islam, Mesir, Cina, Jepun, India, Eropah.

Ciri-ciri Tamadun Islam
          Islam sebagai suatu sistem kehidupan
          Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
          Alamiah / universal
          Syumul / menyeluruh
          Seimbang/ Tawazun

Islam adalah…
Selamat, sejahtera, aman, damai –
1.Sebagai suatu sistem, Islam adalah suatu cara hidup ( way of life ) yang meliputi semua bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, pendidikan dll
          Keselamatan dunia dan akhirat
          Keselamatan untuk semua manusia
          Keselamatan jasad dan jiwa, akli dan emosi 

 
RUKUN ISLAM:*
  1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  2. Mendirikan Solat
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat
  5. Menunaikan Haji
* Kesepaduan akidah, syariah dan akhlak

 Akidah
Definisi:Kepercayaan yang tertanam di hati,dizahirkan dengan perkataan dan ditunjukkan dengan tingkahlaku
          Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
          Beriman dengan sifat-sifat ketuhanan – iaitu berlainan dengan sifat-sifat makhluk
          Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
          Impaknya – melaksanakan semua perintah & meninggalkan semua laranganNya

3 dalam 1 - Akidah, Syariah dan Akhlak
1. Kesepaduan:
          Antara iman, ilmu  dan amal
           Antara kepercayaan, perkataan   dan perlakuan
          Dunia dan akhirat
2. Menyeluruh:
          Semua aspek kehidupan
          Individu dan masyarakat 

RUKUN IMAN:*
          Beriman dengan Allah
          Beriman dengan Malaikat
          Beriman dengan Kitab Suci
          Beriman dengan Rasul
          Beriman dengan Hari Akhirat
          Beriman dengan Qada dan Qadar
* Kesepaduan akidah, syariah & akhlak

Syariah / Islamic Law
          Sumbernya ialah al-Quran dan al-Hadis
          Hak dan Tanggungjawab kepada Allah, diri sendiri dan orang/pihak lain
          5 HUKUM – Wajib, Sunat, Haram, Harus Makruh
          Sesuai untuk semua keadaan,tempat & masa 

RUKUN IMAN:
          Berasaskan tauhid
          Saling berkait dan bersepadu
          Mempengaruhi setiap tindakan dan tingkahlaku seseorang
          Tanggungjawab di dunia dan akhirat 

AKHLAK
                Menurut Imam Al-Ghazali:
                ’ Sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan’.

Akhlak
          Berasaskan rukun iman
          Membezakan dan memilih antara baik dan buruk
          Meliputi semua aspek kehidupan
          3 dimensi – hati, akli dan anggota tubuh  ( keyakinan, pemikiran dan tindakan )
           Pengaruh keturunan, pendidikan dan persekitaran 

Kepentingan Akhlak
  1. Misi utama kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ‘ Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’.(Riwayat Al-Baihaqi )
  2. Akhlak dan agama tak boleh dipisahkan.Seorang sahabat bertanya :”Ya Rasulullah apakah agama itu?” Baginda menjawab:”Agama adalah akhlak yang baik”.
Kepentingan Akhlak
3. Akhlak yang baik memberatkan timbangan kebaikan pada hari kiamat. Sabda Rasulullah s.a.w:“ Tidak ada suatu pun yang lebih memberatkan timbangan seorang mukmin pada hari kiamat selain dari akhlak yang baik”.( Riwayat At-Tirmizi)
Kepentingan Akhlak
4.Akhlak yang baik adalah ukuran kualiti iman seseorang. Sabda Baginda“ Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya”
   ( Riwayat At-Tirmizi)
5.Akhlak yang baik akan terhasil dari amalan ibadat.”Sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran”. Surah Al-’Ankabut ayat 29.

Ciri-ciri Tamadun Islam
  •  Islam sebagai suatu sistem kehidupan
  •  Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
  •  Alamiah / universal
  • Syumul / menyeluruh
  • Seimbang/ Tawazun
Alamiah
  • Tamadun Islam boleh dimanfaatkan oleh semua pihak, muslim & non-muslim
  • Adil kepada semua - tidak ada batas geografi, warna kulit, status sosial

Dalil-dalil dari Al-Quran:
  • ‘ Tidak Kami utusmu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam’.

Syumul
  • Meliputi semua aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, pendidikan , budaya dll

Seimbang
  • Antara dunia dan akhirat
  • Ilmu dan amal
  • Jasmani dan rohani