Definisi Tamadun Islam
Tamadun
‘ Secara umum tamadun ialah proses perubahan cara hidup manusia menjadi semakin sempurna, cekap dan berkesan ‘
Menurut Ibnu Khaldun :
Manusia secara semulajadi dilahirkan dengan ciri-ciri madani. Tamadun berjaya dikembangkan apabila manusia memanfaatkan ciri-ciri madani yang dimilikinya itu.Ciri-ciri Madani
- Beriman – menjaga hubungan dengan Allah
- Berilmu – untuk mengurus diri dan alam
- Beramal – bekerja keras
- Berakhlak – diri sendiri dan orang / pihak lain
- Bermasyarakat – menunaikan tanggungjawab sosial
Ini bermakna…
Tamadun dibangunkan oleh manusia…
Tamadun dikembangkan oleh manusia…
Tamadun dimajukan untuk manusia…
Dan
Tamadun juga boleh dihancurkan oleh manusia apabila hilang ciri-ciri madani dan kemanusiaannya!
Kandungan Tamadun
‘Suatu pencapaian hanya akan dianggap sebagai tamadun apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan asas (dharuriyah) dan keperluan(hajiah) telah disempurnakan.Ia adalah suatu peringkat penyempurnaan(tahsiniat) untuk melengkapkan segala perkara yang diperlukan oleh manusia’- Ibnu Khaldu.Prinsip-prinsip Asas Kelahiran Tamadun
- Manusia dicipta mempunyai berbagai kelebihan untuk mengurus alam – akal, potensi, kreativiti.
- Proses perubahan cara hidup – keperluan asas , penambahbaikan.
- Perubahan dipengaruhi oleh faktor-faktor agama, sosio ekonomi, sains dan teknologi, politik, pendidikan dll.
Pola Perkembangan Tamadun
- Kehidupan menetap
- Pertumbuhan ekonomi
- Peningkatan hasil pengeluaran
- Pertambahan jumlah penduduk
- Kepimpinan dan susun lapis sosial
- Pengkhususan kerja dan hasil kerja
- Perkembangan Perdagangan
KONSEP ASAS TAMADUN
Dipopularkan oleh Jurji Zaidan ( 1902-1906) pada abad ke 19 dalam bukunya Tarikh at-Tamaddun al-Islami. Dari sudut makna / semantik, kata terbitan dari kata kerja ‘Madanna’, maksudnya:
- Pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal
- Membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran
- Hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju
- Pembangunan, kemajuan & pencapaian manusia.
Istilah Tamadun:
B.Arab:
- Hadarah – kehidupan menetap yang membolehkan manusia menjalani kehidupan secara sistematik dan maju
- Umran – pembangunan
- Tamaddun -
KONSEP ASAS TAMADUN
- ‘ Madani ’ – keselesaan hidup dan ketinggian budi
- ‘ Madinah ‘ – bandar
- ‘ Madaniyyah ‘ – kebudayaan bandar ( diperkenalkan oleh Abu Nasir al-Farabi pada abad ke 11 dalam bukunya as-Siasah al-Madaniyyah dan dipopularkan oleh Muhd Farid Wajdi, Sheikh Muhd Abduh dan Sh.Rashid Rida
- ‘ Umran & Hadarah ‘ – diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun ( 1332-1406 ) pada abd ke 14 dalam Muqaddimah Ibnu Khaldun.
Istilah Tamadun (Bahasa Melayu ):
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3 (1998), Tamadun ialah:
‘Keadaan masyarakat manusia dan negara yang didasarkan pada kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik dll yang tinggi dan peradaban’
Istilah Tamadun:
B.Inggeris: ‘Civilization ‘
- Tiap-tiap tamadun yang agung mempunyai bandar-bandar yang besar
- Perubahan dan pertumbuhan di bandar-bandar besar
- Ciri-ciri asas tamadun manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar
Definisi Tamadun
Ibnu Khaldun:
“Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang yang boleh mempertingkatkan kualitinya Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dsbnya”.
Sayyid Qutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam.
Syed Naquib al- Attas:
“ Keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya”.
Said Hawa
Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah. Tamadun Islam adalah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
Arnold Toynbee:
“ Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai 4 elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni”.
Perbandingan antara Tamadun:
- Tamadun Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan bagi menentukan masyarakat bertamadun
- Tamadun Islam mengimbangi antara pembangunan material dan spiritual
- Tamadun Melayu menerima pengaruh Tamadun Islam dan mengekalkan ciri-ciri tempatan
Antara Tamadun Islam & Barat
Tamadun Islam:
- Sumber –wahyu
- Fokus – Pembangunan insan
- Matlamat – duniawi & ukhrawi
Tamadun Barat:
- Sumber – pemikiran & pengalaman manusia
- Fokus – kemajuan kebendaan
- Matlamat - duniawi
Rumusan Definisi Tamadun Islam
“Pencapaian manusia dalam semua aspek kehidupan secara sepadu dan menyeluruh, berfokus kepada pembangunan manusia, sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat”.
No comments:
Post a Comment