KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
Maksudnya - Elemen-elemen yang mendasari Tamadun Islam
1. BERSIFAT RABBANIYAH
- Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang terdapat dalam Tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah swt.
- Justeru, setiap pembangunan dan ketamadunan yang dibina dalam Tamadun Islam mesti menepati nilai dan prinsip yang ditetapkan oleh Allah swt.
2. BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH
· Tamadun Islam merangkumi hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam yang terdiri daripada alam cakrawala, alam sekeliling, binatang, tumbuh-tumbuhan, alam ghaib (alam jin dan malaikat) yang saling kait mengait antara satu sama lain.
BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH
- Tamadun Islam meletakkan peraturan yang menjaga kepentingan umum - individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa.
- Konsep ibadah khusus dan ibadah umum yang dianjurkan oleh Islam memperluaskan dan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ketaatan dan ibadah dalam konteks yang berbagai.
3. BERSIFAT ALAMIYYAH (Universal)
- Sejarah telah membuktikan bahawa Tamadun Islam telah berjaya membina dan mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat.
- Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, pembinaan tamadun Islam mengambilkira perbezaan budaya setempat dan menerima unsur tamadun yang sedia ada. Tamadun Islam tidak merendahkan tamadun lain, malah mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan.
- Konsep yang ditampilkan dalam sifat ini ialah persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat.
- Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi.
4. BERSIFAT TABI’IYAH / SESUAI DENGAN FITRAH
Tamadun yang dibina memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia - antaranya memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
5. BERSIFAT WAQI’IYYAH ( Praktikal )
- Islam realistik dengan mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat.-menjalankan aktiviti seharian
- Orang yang sakit dan uzur ada kaedah khusus untuk melakukan solat dan dibenarkan berbuka puasa.
- Orang yang cacat tidak diwajibkan berperang, malah mereka perlu diberi perlindungan.
- Kefardhuan haji dan zakat hanya kepada orang-orang yang mempunyai harta dan berkemampuan sahaja. Tiada paksaan.
6. BERSIFAT TETAP DALAM KEANJALAN
- Tamadun Islam tetap dan tidak berubah dari segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan fleksibel dari segi cara dan teknik perlaksanaannya.
- Islam memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masing-masing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid yang menjadi asas tamadun Islam.
7. BERSIFAT TOLERANSI DAN TERBUKA
- Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat terutamanya dalam dialog dan interaksi antara tamadun .
- Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut
- Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka untuk mengekalkan kesetabilan dan keharmonian masyarakat.
- Memelihara agama
- Memelihara akal
- Memelihara jiwa
- Memelihara maruah/keturunan
- Memelihara harta
- Memelihara kebebasan
1.Memelihara Agama
Rasional: Tamadun Islam dicetuskan dari ajaran agama Islam
- Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
- Melaksanakan tanggungjawab agama
- Memelihara Syiar Islam
- Menghormati penganut agama lain( hak mereka mengamalkan ajaran agama )
2. Memelihara Jiwa
Rasional:Jiwa/nyawa adalah kurniaan Allah yang tidak boleh diganti / dicipta
- Suruhan – menjaga keselamatan, kesihatan, pemakanan. Berubat jika sakit
- Larangan – merosakkan diri, membunuh diri, membunuh orang lain ( kecuali perintah mahkamah ), pengguguran bayi.
- Manusia diminta menjaga dan menghormati kehidupan
- Seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain telah melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya (an-Nisa’: 30)
3. Memelihara Maruah
Rasional:Karamah Insan menentukan kedudukannya di sisi Allah & manusia
- Suruhan – menjaga pergaulan, menutup aurat, menjaga nama baik, berkahwin
- Larangan – bergaul bebas, mendedah aurat, memfitnah, berzina / jenayah seks, melayari web lucah dll
- Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik kejadian telah tetap kehormatannya sebagai bani Adam tanpa mengira agama, keturunan, bahasa dan keadaannya
- Setiap manusia menerima balasan mengikut apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).
- Islam juga menyediakan peraturan perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan kemuliaan keturunan
4. Memelihara Akal
Rasional:Unsur yang membezakan insan dari makhluk lain
- Suruhan – Mencari ilmu, belajar, membaca bahan yang baik. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu tanpa dibatasi had masa, tempat dan bangsa.
- Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.) Larangan – minum arak, dadah dan seumpamnya
- Islam menggalakkan pemikiran yang berteraskan tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan melarang pemikiran yang mempunyai unsur negatif. (al-Ankabut: 43).
5.Memelihara Harta
Rasional:Harta adalah amanah dan pinjaman. Ianya bukan milik yang mutlak
- Suruhan – Mencari rezeki yang halal, dari sumber yg halal, digunakan utk kebaikan
- Larangan – Mengambil hak orang lain spt mencuri, merompak, menyamun,salahguna, menyeleweng
- Islam menyediakan garis panduan mengenai hak memiliki harta benda dan sejajar dengan fitrah manusia.
- Mempertahankan harta benda yang diperolehi dengan cara yang halal adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam
- Pengurusan & infaq harta yang sewajarnya
6. Memelihara Hak/ Kebebasan
- Rasional: Menetapkan suatu garis panduan mengenai hak seseorang , batasannya…
- Hak dan Tanggungjawab saling beriringan pada semua peringkat – diri, keluarga, jiran, masyarakat
- lIslam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan.
- Setiap muslim hendaklah membebaskan dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (al-Furqaan : 43).
- Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya adalah kebebasan beragama ( al-Baqarah : 256)
No comments:
Post a Comment