19 January 2011

TITAS Kuliah 2

Ciri-Ciri Tamadun Islam
 CIRI-CIRI UMUM TAMADUN
  • Kemajuan teknologi
  • Sistem pemerintahan dan ekonomi
  • Urbanisasi
  • Organisasi Sosial
  • Kepercayaan/ agama
  • Tulisan dan bahasa  
  • Budaya dan kesenian
Kemajuan teknologi
                Penggunaan alat untuk kemudahan kehidupan manusia dalam semua bidang:
           Pertanian
           Pengangkutan
           Komunikasi
           Ekonomi
           dll 

Sistem pemerintahan dan ekonomi
          Konsep kepimpinan pada semua peringkat sama ada desa, bandar, negeri dan negara
          Tradisional (Sistem beraja ) ->Moden ( Perdana Mentei / Presiden )
          Sistem barter, penggunaan wang, industri pembuatan ,pemasaran, sistem perbankan, insuran dll
 
Urbanisasi
          Perpindahan dari desa ke bandar
          Perubahan aktiviti ekonomi dari pertanian -> perindustrian
          Kehidupan di bandar yang menyediakan lebih banyak peluang pelajaran, pekerjaan, perniagaan
          Peningkatan taraf hidup 

Organisasi Sosial
          Wujud kelompok-kelompok / status dalam masyarakat
          Kelas ekonomi :Rendah( low-class), sederhana( middle class ) dan  tinggi ( high class )
          Jurang antara golongan /orang kaya dan miskin berdasarkan latar belakang pelajaran dan ekonomi 

Tulisan dan bahasa
          Asasnya sebagai alat komunikasi
          Menggambarkan tahap pemikiran, kreativiti dan kemajuan ilmu sesuatu bangsa
          Bahasa adalah lambang jati diri bangsa cth Arab, Cina, Jepun, Korea, Inggeris dll
          Bahasa jiwa bangsa

Budaya dan kesenian
          Budaya - menggambarkan cara hidup sesuatu bangsa cth kegiatan ekonomi, adab sopan, budi bahasa, tutur kata, pakaian, makanan, pergaulan
          Kesenian – pencapaian yang dijelmakan dalam bentuk karya-karya seni yang mempamerkan nilai estatika spt lukisan, kaligrafi, seramik, pakaian dll

Kepercayaan / agama
          Asas utama yang memandu kemajuan tamadun
          Mendasari semua tamadun – Islam, Mesir, Cina, Jepun, India, Eropah.

Ciri-ciri Tamadun Islam
          Islam sebagai suatu sistem kehidupan
          Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
          Alamiah / universal
          Syumul / menyeluruh
          Seimbang/ Tawazun

Islam adalah…
Selamat, sejahtera, aman, damai –
1.Sebagai suatu sistem, Islam adalah suatu cara hidup ( way of life ) yang meliputi semua bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, pendidikan dll
          Keselamatan dunia dan akhirat
          Keselamatan untuk semua manusia
          Keselamatan jasad dan jiwa, akli dan emosi 

 
RUKUN ISLAM:*
  1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
  2. Mendirikan Solat
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat
  5. Menunaikan Haji
* Kesepaduan akidah, syariah dan akhlak

 Akidah
Definisi:Kepercayaan yang tertanam di hati,dizahirkan dengan perkataan dan ditunjukkan dengan tingkahlaku
          Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
          Beriman dengan sifat-sifat ketuhanan – iaitu berlainan dengan sifat-sifat makhluk
          Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
          Impaknya – melaksanakan semua perintah & meninggalkan semua laranganNya

3 dalam 1 - Akidah, Syariah dan Akhlak
1. Kesepaduan:
          Antara iman, ilmu  dan amal
           Antara kepercayaan, perkataan   dan perlakuan
          Dunia dan akhirat
2. Menyeluruh:
          Semua aspek kehidupan
          Individu dan masyarakat 

RUKUN IMAN:*
          Beriman dengan Allah
          Beriman dengan Malaikat
          Beriman dengan Kitab Suci
          Beriman dengan Rasul
          Beriman dengan Hari Akhirat
          Beriman dengan Qada dan Qadar
* Kesepaduan akidah, syariah & akhlak

Syariah / Islamic Law
          Sumbernya ialah al-Quran dan al-Hadis
          Hak dan Tanggungjawab kepada Allah, diri sendiri dan orang/pihak lain
          5 HUKUM – Wajib, Sunat, Haram, Harus Makruh
          Sesuai untuk semua keadaan,tempat & masa 

RUKUN IMAN:
          Berasaskan tauhid
          Saling berkait dan bersepadu
          Mempengaruhi setiap tindakan dan tingkahlaku seseorang
          Tanggungjawab di dunia dan akhirat 

AKHLAK
                Menurut Imam Al-Ghazali:
                ’ Sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan’.

Akhlak
          Berasaskan rukun iman
          Membezakan dan memilih antara baik dan buruk
          Meliputi semua aspek kehidupan
          3 dimensi – hati, akli dan anggota tubuh  ( keyakinan, pemikiran dan tindakan )
           Pengaruh keturunan, pendidikan dan persekitaran 

Kepentingan Akhlak
  1. Misi utama kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ‘ Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’.(Riwayat Al-Baihaqi )
  2. Akhlak dan agama tak boleh dipisahkan.Seorang sahabat bertanya :”Ya Rasulullah apakah agama itu?” Baginda menjawab:”Agama adalah akhlak yang baik”.
Kepentingan Akhlak
3. Akhlak yang baik memberatkan timbangan kebaikan pada hari kiamat. Sabda Rasulullah s.a.w:“ Tidak ada suatu pun yang lebih memberatkan timbangan seorang mukmin pada hari kiamat selain dari akhlak yang baik”.( Riwayat At-Tirmizi)
Kepentingan Akhlak
4.Akhlak yang baik adalah ukuran kualiti iman seseorang. Sabda Baginda“ Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya”
   ( Riwayat At-Tirmizi)
5.Akhlak yang baik akan terhasil dari amalan ibadat.”Sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran”. Surah Al-’Ankabut ayat 29.

Ciri-ciri Tamadun Islam
  •  Islam sebagai suatu sistem kehidupan
  •  Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
  •  Alamiah / universal
  • Syumul / menyeluruh
  • Seimbang/ Tawazun
Alamiah
  • Tamadun Islam boleh dimanfaatkan oleh semua pihak, muslim & non-muslim
  • Adil kepada semua - tidak ada batas geografi, warna kulit, status sosial

Dalil-dalil dari Al-Quran:
  • ‘ Tidak Kami utusmu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam’.

Syumul
  • Meliputi semua aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, pendidikan , budaya dll

Seimbang
  • Antara dunia dan akhirat
  • Ilmu dan amal
  • Jasmani dan rohani




4 comments: