Ciri-Ciri Tamadun Islam
CIRI-CIRI UMUM TAMADUN
- Kemajuan teknologi
- Sistem pemerintahan dan ekonomi
- Urbanisasi
- Organisasi Sosial
- Kepercayaan/ agama
- Tulisan dan bahasa
- Budaya dan kesenian
Kemajuan teknologi
Penggunaan alat untuk kemudahan kehidupan manusia dalam semua bidang:
• Pertanian
• Pengangkutan
• Komunikasi
• Ekonomi
• dll
Sistem pemerintahan dan ekonomi
• Konsep kepimpinan pada semua peringkat sama ada desa, bandar, negeri dan negara
• Tradisional (Sistem beraja ) ->Moden ( Perdana Mentei / Presiden )
• Sistem barter, penggunaan wang, industri pembuatan ,pemasaran, sistem perbankan, insuran dll
Urbanisasi
• Perpindahan dari desa ke bandar
• Perubahan aktiviti ekonomi dari pertanian -> perindustrian
• Kehidupan di bandar yang menyediakan lebih banyak peluang pelajaran, pekerjaan, perniagaan
• Peningkatan taraf hidup
Organisasi Sosial
• Wujud kelompok-kelompok / status dalam masyarakat
• Kelas ekonomi :Rendah( low-class), sederhana( middle class ) dan tinggi ( high class )
• Jurang antara golongan /orang kaya dan miskin berdasarkan latar belakang pelajaran dan ekonomi
Tulisan dan bahasa
• Asasnya sebagai alat komunikasi
• Menggambarkan tahap pemikiran, kreativiti dan kemajuan ilmu sesuatu bangsa
• Bahasa adalah lambang jati diri bangsa cth Arab, Cina, Jepun, Korea, Inggeris dll
• Bahasa jiwa bangsa
Budaya dan kesenian
• Budaya - menggambarkan cara hidup sesuatu bangsa cth kegiatan ekonomi, adab sopan, budi bahasa, tutur kata, pakaian, makanan, pergaulan
• Kesenian – pencapaian yang dijelmakan dalam bentuk karya-karya seni yang mempamerkan nilai estatika spt lukisan, kaligrafi, seramik, pakaian dll
Kepercayaan / agama
• Asas utama yang memandu kemajuan tamadun
• Mendasari semua tamadun – Islam, Mesir, Cina, Jepun, India, Eropah.
Ciri-ciri Tamadun Islam
• Islam sebagai suatu sistem kehidupan
• Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
• Alamiah / universal
• Syumul / menyeluruh
• Seimbang/ Tawazun
Islam adalah…
Selamat, sejahtera, aman, damai –
1.Sebagai suatu sistem, Islam adalah suatu cara hidup ( way of life ) yang meliputi semua bidang kehidupan – ekonomi, politik, sosial, pendidikan dll
• Keselamatan dunia dan akhirat
• Keselamatan untuk semua manusia
• Keselamatan jasad dan jiwa, akli dan emosi
RUKUN ISLAM:*
- Mengucap Dua Kalimah Syahadah
- Mendirikan Solat
- Berpuasa pada bulan Ramadan
- Membayar zakat
- Menunaikan Haji
* Kesepaduan akidah, syariah dan akhlak
Akidah
Definisi:Kepercayaan yang tertanam di hati,dizahirkan dengan perkataan dan ditunjukkan dengan tingkahlaku
• Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
• Beriman dengan sifat-sifat ketuhanan – iaitu berlainan dengan sifat-sifat makhluk
• Maha Mencipta dan Maha Berkuasa
• Impaknya – melaksanakan semua perintah & meninggalkan semua laranganNya
3 dalam 1 - Akidah, Syariah dan Akhlak
1. Kesepaduan:
• Antara iman, ilmu dan amal
• Antara kepercayaan, perkataan dan perlakuan
• Dunia dan akhirat
2. Menyeluruh:
• Semua aspek kehidupan
• Individu dan masyarakat
RUKUN IMAN:*
• Beriman dengan Allah
• Beriman dengan Malaikat
• Beriman dengan Kitab Suci
• Beriman dengan Rasul
• Beriman dengan Hari Akhirat
• Beriman dengan Qada dan Qadar
* Kesepaduan akidah, syariah & akhlak Syariah / Islamic Law
• Sumbernya ialah al-Quran dan al-Hadis
• Hak dan Tanggungjawab kepada Allah, diri sendiri dan orang/pihak lain
• 5 HUKUM – Wajib, Sunat, Haram, Harus Makruh
• Sesuai untuk semua keadaan,tempat & masa
RUKUN IMAN:
• Berasaskan tauhid
• Saling berkait dan bersepadu
• Mempengaruhi setiap tindakan dan tingkahlaku seseorang
• Tanggungjawab di dunia dan akhirat
AKHLAK
Menurut Imam Al-Ghazali:
’ Sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan’.
Akhlak
• Berasaskan rukun iman
• Membezakan dan memilih antara baik dan buruk
• Meliputi semua aspek kehidupan
• 3 dimensi – hati, akli dan anggota tubuh ( keyakinan, pemikiran dan tindakan )
• Pengaruh keturunan, pendidikan dan persekitaran
Kepentingan Akhlak
- Misi utama kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ‘ Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’.(Riwayat Al-Baihaqi )
- Akhlak dan agama tak boleh dipisahkan.Seorang sahabat bertanya :”Ya Rasulullah apakah agama itu?” Baginda menjawab:”Agama adalah akhlak yang baik”.
Kepentingan Akhlak
3. Akhlak yang baik memberatkan timbangan kebaikan pada hari kiamat. Sabda Rasulullah s.a.w:“ Tidak ada suatu pun yang lebih memberatkan timbangan seorang mukmin pada hari kiamat selain dari akhlak yang baik”.( Riwayat At-Tirmizi)
Kepentingan Akhlak
4.Akhlak yang baik adalah ukuran kualiti iman seseorang. Sabda Baginda“ Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya”
( Riwayat At-Tirmizi)
5.Akhlak yang baik akan terhasil dari amalan ibadat.”Sesungguhnya solat itu mencegah dari kekejian dan kemungkaran”. Surah Al-’Ankabut ayat 29.
Ciri-ciri Tamadun Islam
- Islam sebagai suatu sistem kehidupan
- Berasaskan Akidah, Syariah dan Akhlak
- Alamiah / universal
- Syumul / menyeluruh
- Seimbang/ Tawazun
Alamiah
- Tamadun Islam boleh dimanfaatkan oleh semua pihak, muslim & non-muslim
- Adil kepada semua - tidak ada batas geografi, warna kulit, status sosial
Dalil-dalil dari Al-Quran:
- ‘ Tidak Kami utusmu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam’.
Syumul
- Meliputi semua aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, pendidikan , budaya dll
Seimbang
- Antara dunia dan akhirat
- Ilmu dan amal
- Jasmani dan rohani
titas ni non-muslim pon blajar jugak ae?
ReplyDeleteha'ah...semua blajar...secondary xblaja ke?
ReplyDeleteowho..yeker..urm..lom lg...xtaw bile... :)
ReplyDeletenota ni semua sama je eh untuk mane2 universiti pun???
ReplyDelete